Penjelajahan dan penulisan di Itali Leo Africanus

Beliau meninggalkan Roma untuk merantau serata tanah Itali selama empat tahun, barangkali juga didorong kesangsian Paus Hadrianus VI yang mengambil alih takhta selepas kematian Leo X tahun 1521. Semasa waktu inilah beliau menulis suatu kitab istilah perubatan bahasa Arab-Ibrani-Latin dan sebuah kitab nahu bahasa Arab semasa duduk seketika di Bologna; kedua-dua naskhah ini tidak dapat diselamatkan dengan sempurnanya. Beliau kembali ke Roma atas undangan Paus Clemens VII, iaitu sepupu Leo X sendiri tahun 1526.

Pada tahun sama juga, suatu naskhah mengenai geografi benua Afrika disiapkan beliau dengan judul Leo Della descrittione dell’Africa et delle cose notabili che iui sono, per Giovan Lioni Africano, ia dicetak di Venezia tahun 1550 oleh Giovanni Battista Ramusio. Buku menjadi sangat laris sehingga diulang cetak sebanyak lima kali malah ada diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain seperti bahasa Latin dan bahasa Perancis.[7]